Thursday 22 December 2016

tips menjaga wajah


assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi membaca blog ni :) Blog ni dicipta unutuk melepaskan rasa bosan dan stress aku tuje..hehe so lepasni kalau tengok aku post pape maksudnya aku bosanlah tu ataupun stress...okayy..aku bukanlah reti sangat tentang penulisan ni, aku cuma reti membayangkan situasi yang terjadi bukan menceritakan apa yang terjadi dan aku jugak akan menulis mengikut mood aku waktu tu. Maksudnya, kalau waktu tu aku tengah happy aku akan cipta karangan 5-6 muka surat dan setiap perenggan tak kuraang dari 7 baris hehehehe tak percaya ?? Tanya cikgu sekolah aku lahh..hahahaha

Oh yaa...ramai jugak kawan-kawan sekolah aku yang tanya macam mana aku punya kulit muka boleh cantik flawless gituu ehh..(terperasan lah pulak)Okayy..jap aku fikirkan apa yang aku buat kat muka aku ni jap ehhh........loading....loading...haaaa!! Dapat dahh..okayy aku bagi tips yang simple punyalah tanpa gunakan produk kecantikan yang mahal-mahal cuma perlukan vitamin R. Apa itu vitamin R okayy sini nak terangkan R=Rajin, takde vitamin Rajin semua kerje tak jalan hahaha... okay ni dia tips aku jaga muka :p

ü Cuci muka setiap hari (pagi,petang,malam)
-okay benda ni paling senang nak buat dan tak kena bayar duit seposen pun sebab inilah rutin harian kita setiap harikan. Pada waktu malam sebelum kita tidur pastikan kita tanggalkan dulu make-up yang ada di muka kita kalau tidak muka akan ditumbuhi jerawat ;) alaa...janganla malas nanti kulit muka rosak menyesal tak sudah pulak ishh..ishh..ishh

ü Elakkan daripada mencuci muka ketika panas(tengah hari/selepas bersukan)
- yang ni ramai orang tak perasan (aku pun kadang-kadang macam tu)sebab kita terlampau letih atau dalam kata lain panas bahang betul tak? Yela mana tak panas dan letih matahari terpacak atas kepala lepastu berpeluh pulak rasa geli semacam je waktu ni kan so untuk hilangkan rasa panas bahang kat muka tu kita akan cuci muka right? Dear gegirls and boys yang mana jaga muka tu..janganlah korang cuci muka waktu ni yee ada paham?? Tak paham? okay..cikgu taknak terang panjang-panjang..next!

-ü Pakai pelembap kulit sebelum keluar dari rumah dan sebelum bersolek 
-bukan girlslah kalau keluar rumah tak pakai make-up betul tak? Okayy aku nak tanya korang ada tak pakai pelembap muka sebelum makeup..kalau takde aku suggest korang pergi beli pelembap tu fungsi pelembap muka tu untuk melembap dan menyegarkan kulit muka kita ni so takdelah korang rasa kulit muka korang kering je nanti. Aku suggest kat korang Bio Essence Gold Water. Best je rasa kat muka rasa fresh je. Benda ni tak mahal pun cuma RM69-105 umtuk botol besar dan RM16-25 untuk botol kecil.senang pergi cari kat watsons ada je..

ü Haruslah memilih pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit kita
- ini memang kita perlu berhati-hati bukan ikut orang itu pakai kita pun kena pakaisebab nanti kalau muka kita rosak lagilah kita meraungkan..okay untuk yang tanya aku pakai pencuci apa aku pakai sabun kopi yang tengah popular kebelakangan ini dan Olay. Aku pakai dua sekali bukannya apa sebab muka aku ni kadang-kadang berminyak dan jerawat senang nak naik tapi waktu malam aku cuci guna Olay je..untuk yang kulit sensitif boleh cari di farmasi macam Guardians dan Watsons atau tanya doktor je :)

ü Memakai mask muka sebelum tidur. Ini akan mengembalikan keremajaan wajah kita
- mask yang kita pakai perlulah mengikut kesesuaian muka kalau rasa gatal atau memerah je muka tu stop pakai aku lebih suka pakai Savee mask. Kalau tak tau boleh buka facebook Savee Malaysia kat situ ada jual macam-macam selain dari mask. boleh jugak kita buat homemade mask guna bahan organik yang tu korang cari sendiri kat google ye hihi;)

ü Minum air kosong yang cukup sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
- yang ni ramai tak buat betul tak? Alaa jangan nak pendam-pendam tipu-tipu kat sini sebab aku pun tak buat hahahaha okay bukannya tak buat langsung tau tapi tak cukup 3 liter paling banyak aku minum pun 2 liter sebab aku tak larat nak pergi watercooler kat sekolah hahahaha tak kesahlah asalkan air yang cukup dalam badan ;)

ü Rehat yang cukup.
- ni berkaitan dengan tidur yang cukup,tapi aku tidur tak pernah nak cukup sebab waktu sekolah homework banyak waktu cuti pulak godaan banyak seperti laptop,handphone memang tak boleh pisah kalau bukan tu ada je jamuan atau rumah terbuka lagilah tak pun kawan-kawan ajak outing hahahaha memang tak tidur la gamaknya.

ü Aktiviti senaman.
-last sekali senaman. Benda ni ramai yang malas nak buat betul tak? Okay aktiviti senaman ni dia keluarkan peluh kan? Segala macam jenis toksik dalam badan akan keluar melalui peluh dan lemak pun akan menghilang selain dapat menguruskan badan dapat mengeluarkan benda yang tak diperlukan di badan.



okay geng..ni sahaja untuk entry kali ni..lain kali kalau aku rajin aku buat pasal cara menurunkan berat badan pulak..okay adioss!!

Monday 5 December 2016

bosan


Lama aku tak tulis ada tak yang rindu kat aku?? Hahahaha entah ada ke tak yang baca blog aku ni pon tak tau la..okay tajuk kita hari ni ialah....entah aku bosan so tak de tajuk untuk entry aku kali ni maaf yee.. siap bermaaf bagai macam la ada orang yang tengok blog kau hishh perasan je lebih kau ni sabar jela ye takk (-_-!!)

Okay mood nak menaip ni datang bila akak aku cakap dia tak makan benda yang pelik-pelik such as waffle sapu blueberry jam dan tambah buah strawberry...pelik kah itu?? Entahla aku makan biasa je sedap pulak tu..tapi itulah hakikatnya bila aku boleh makan akak aku tak boleh makan tapi nasibla aku dengan dia sama besar je baju pun boleh lagi nak tukar pakai sebab dia ni kuat makan sikit tapi kecik molek je badan sampai orang lain terkejut dengan selera dia hehehehe sorry ah babe aku cite pasal kau kat sini..tapi aku puji kau ehh bukannya ngutuk kau.

Hurmm...pe lagi ehh jap dengar lagu jap....hokeyh tu jela kot aku nak isi perut dulu..makan banyak kauu hahahaha aku tak makan lagi hokeyhh tadi tu sarapan hahahaha

Saturday 3 December 2016

rindu


Aku rindu kat kau la weyy!!! Tapi macam yang kau kata air mata takkan keluar kalau hati kuat, so kau suruh aku kuatkan hati aku untuk tahan air mata kan?? :) Thanks tau sebab bagi motivasi kat aku hee.. sayang kau budak poyo and aku harap persahabatan kita ni akan kekal selamanya..

Weyhh!! Cepat sikit cari jodoh teringin nak makan nasi minyak kau..hahaha nasi minyak aku lambat lagi kot pape pon aku harap kau berjaya dalam hidup kau di dunia dan di akhirat jadi anak yang baik dengan cakap ibu bapa tau.. ohh ya lagi satu, kurang-kurangkan la perangai poyo kau tu muak sudah akku tengok hahahaha(gelak jahat) 

ermmm..ape lagi ehh nak merapu kat sini?? Oh yaa,kat sekolah kau dah jadi senior jangan nak buli orang pulak and jangan nak rindu aku dengan geng aku plak sudah..study leklok jangan tipu aku sebab aku dapat tau semua benda dalam masa yang singkat (jeng jeng jeng) Ehhh...aku tak de spy tau jangan ingat aku ada spy kau pulak hihi..kk tu je nak tulis..

Thursday 1 December 2016

Sahabatku Cintaku-SouQy


Aku ingat nak share satu lirik lagu ni. Lagu ni dah lama tapi lirik dan muzik dia best sangat hokeyh. tajuk dia aku dah tulis kan kat atas tuu..

Wahai sahabat aku yang baik
Bolehkah aku bila jadi pacarmu
karena aku t'lah jatuh
jatuh hati padamu
sejak aku bersahabat denganmu...
rasa ini tak bisa kupendam 
memang ku bukan seseorang yang memendam...
kubegini adanya hanya seorang manusia
yang ingin mencinta dan dicinta...

Padamu...
Telah kuputuskan...
Cinta dan ketulusan terakhir
kulabuhkan dihatimu...

Yang penting aku sudah katakan 
sebuah perasaan yang tumbuh dihatiku ini...
Tertanam yang kumulai
mungkin dari sebuah kisah persahabatan...

Iya atau tidak jawapanmu
Kuserahkan semua ikutilah kata hatimu...
Ku tak akan memaksa...
Namun aku sungguh sangat
 mencintaimu...

Padamu...
Telah kuputuskan...
Cinta dan ketulusan terakhir
kulabuhkan dihatimu...

Yang penting aku sudah katakan 
sebuah perasaan yang tumbuh dihatiku ini...
Tertanam yang kumulai
mungkin dari sebuah kisah persahabatan...

Iya atau tidak jawapanmu
Kuserahkan semua ikutilah kata hatimu...
Ku tak akan memaksa...
Namun aku sungguh sangat
 mencintaimu...

Mencintaimu
Sahabatku cintaku


Hokeyh..lagu ni sememangnya lagu lama tetapi apa yang membuatkan aku jatuh hati dengan lagu ni ialah ia tentang seorang sahabat ini sukakan sahabatnya sendiri sama macam kisah aku ni dan aku dapat lagu ni daripada dirinya yang aku sayang..tapi sayangnya aku dengan dia dah takde apa-apa hanya sebagai kawan tak lebih dari itu :) huhuhu sedeh betol tapi takpe aku sado hokeyh! okaylaa..lapar pulak tetiba dapur memanggilku hahaha chow dulu dedaa...













Tuesday 29 November 2016

owner baru


Assalamualaikum,okay blog ni dah bersawang entah berapa kurun aku pun tak tau. OKay ni owner ke-2 blog ni sebab owner pertama malas nak tulis pape kat sini. So, pandai-pandaila korang biasakan diri dengan penulisan aku yang tak seberapa nie yee...
ohh yaa...sebelum lupa, aku ni baru je berblogger ni jadi kalau ada pape yang salah tu minta ditegur la ye dan kalau tak segan silu tolong beri tunjuk ajar kat aku yang masih mentah ni huhu (muka comel mintak penampor) hahaha.
Hmm...ape lagi aku nak membebel kat sini.. rasanya tak de dah kot..okay aku nak keluar  jalan-jalan cari jodoh ehh.. tak tak cari makan bubyee👋👋