Thursday 22 December 2016

tips menjaga wajah


assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi membaca blog ni :) Blog ni dicipta unutuk melepaskan rasa bosan dan stress aku tuje..hehe so lepasni kalau tengok aku post pape maksudnya aku bosanlah tu ataupun stress...okayy..aku bukanlah reti sangat tentang penulisan ni, aku cuma reti membayangkan situasi yang terjadi bukan menceritakan apa yang terjadi dan aku jugak akan menulis mengikut mood aku waktu tu. Maksudnya, kalau waktu tu aku tengah happy aku akan cipta karangan 5-6 muka surat dan setiap perenggan tak kuraang dari 7 baris hehehehe tak percaya ?? Tanya cikgu sekolah aku lahh..hahahaha

Oh yaa...ramai jugak kawan-kawan sekolah aku yang tanya macam mana aku punya kulit muka boleh cantik flawless gituu ehh..(terperasan lah pulak)Okayy..jap aku fikirkan apa yang aku buat kat muka aku ni jap ehhh........loading....loading...haaaa!! Dapat dahh..okayy aku bagi tips yang simple punyalah tanpa gunakan produk kecantikan yang mahal-mahal cuma perlukan vitamin R. Apa itu vitamin R okayy sini nak terangkan R=Rajin, takde vitamin Rajin semua kerje tak jalan hahaha... okay ni dia tips aku jaga muka :p

ü Cuci muka setiap hari (pagi,petang,malam)
-okay benda ni paling senang nak buat dan tak kena bayar duit seposen pun sebab inilah rutin harian kita setiap harikan. Pada waktu malam sebelum kita tidur pastikan kita tanggalkan dulu make-up yang ada di muka kita kalau tidak muka akan ditumbuhi jerawat ;) alaa...janganla malas nanti kulit muka rosak menyesal tak sudah pulak ishh..ishh..ishh

ü Elakkan daripada mencuci muka ketika panas(tengah hari/selepas bersukan)
- yang ni ramai orang tak perasan (aku pun kadang-kadang macam tu)sebab kita terlampau letih atau dalam kata lain panas bahang betul tak? Yela mana tak panas dan letih matahari terpacak atas kepala lepastu berpeluh pulak rasa geli semacam je waktu ni kan so untuk hilangkan rasa panas bahang kat muka tu kita akan cuci muka right? Dear gegirls and boys yang mana jaga muka tu..janganlah korang cuci muka waktu ni yee ada paham?? Tak paham? okay..cikgu taknak terang panjang-panjang..next!

-ü Pakai pelembap kulit sebelum keluar dari rumah dan sebelum bersolek 
-bukan girlslah kalau keluar rumah tak pakai make-up betul tak? Okayy aku nak tanya korang ada tak pakai pelembap muka sebelum makeup..kalau takde aku suggest korang pergi beli pelembap tu fungsi pelembap muka tu untuk melembap dan menyegarkan kulit muka kita ni so takdelah korang rasa kulit muka korang kering je nanti. Aku suggest kat korang Bio Essence Gold Water. Best je rasa kat muka rasa fresh je. Benda ni tak mahal pun cuma RM69-105 umtuk botol besar dan RM16-25 untuk botol kecil.senang pergi cari kat watsons ada je..

ü Haruslah memilih pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit kita
- ini memang kita perlu berhati-hati bukan ikut orang itu pakai kita pun kena pakaisebab nanti kalau muka kita rosak lagilah kita meraungkan..okay untuk yang tanya aku pakai pencuci apa aku pakai sabun kopi yang tengah popular kebelakangan ini dan Olay. Aku pakai dua sekali bukannya apa sebab muka aku ni kadang-kadang berminyak dan jerawat senang nak naik tapi waktu malam aku cuci guna Olay je..untuk yang kulit sensitif boleh cari di farmasi macam Guardians dan Watsons atau tanya doktor je :)

ü Memakai mask muka sebelum tidur. Ini akan mengembalikan keremajaan wajah kita
- mask yang kita pakai perlulah mengikut kesesuaian muka kalau rasa gatal atau memerah je muka tu stop pakai aku lebih suka pakai Savee mask. Kalau tak tau boleh buka facebook Savee Malaysia kat situ ada jual macam-macam selain dari mask. boleh jugak kita buat homemade mask guna bahan organik yang tu korang cari sendiri kat google ye hihi;)

ü Minum air kosong yang cukup sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
- yang ni ramai tak buat betul tak? Alaa jangan nak pendam-pendam tipu-tipu kat sini sebab aku pun tak buat hahahaha okay bukannya tak buat langsung tau tapi tak cukup 3 liter paling banyak aku minum pun 2 liter sebab aku tak larat nak pergi watercooler kat sekolah hahahaha tak kesahlah asalkan air yang cukup dalam badan ;)

ü Rehat yang cukup.
- ni berkaitan dengan tidur yang cukup,tapi aku tidur tak pernah nak cukup sebab waktu sekolah homework banyak waktu cuti pulak godaan banyak seperti laptop,handphone memang tak boleh pisah kalau bukan tu ada je jamuan atau rumah terbuka lagilah tak pun kawan-kawan ajak outing hahahaha memang tak tidur la gamaknya.

ü Aktiviti senaman.
-last sekali senaman. Benda ni ramai yang malas nak buat betul tak? Okay aktiviti senaman ni dia keluarkan peluh kan? Segala macam jenis toksik dalam badan akan keluar melalui peluh dan lemak pun akan menghilang selain dapat menguruskan badan dapat mengeluarkan benda yang tak diperlukan di badan.



okay geng..ni sahaja untuk entry kali ni..lain kali kalau aku rajin aku buat pasal cara menurunkan berat badan pulak..okay adioss!!